

Pelaksanaan Program Bomba Life Support (BLS) JBPM Negeri Perlis 2025 telah diadakan di Dewan Indera Kayangan, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perlis. Sesi penerangan serta demo telah diberikan kepada semua warga Ibu Pejabat JBPM Negeri Perlis sebagai pendedahan serta asas medik kepada semua pegawai dan warga kerja bagi tujuan penyelamatan oleh pegawai EMRS yang bertauliah. Turut hadir bersama, YS PgKB I Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis yang meluangkan masa untuk mengikuti program yang telah diadakan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menganjurkan program ini.
#unitperhubunganawamjbpmperlis
Sekian, terima kasih.