LOGO BOMBA

logo right

PROGRAM MEMASAK DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK JBPM NEGERI PERAK SEMPENA RAMADAN

12 Mac 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan yang berlangsung di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak dengan penglibatan pegawai dan anggota jabatan.

 

Program ini merupakan antara inisiatif kebajikan serta khidmat masyarakat JBPM Negeri Perak dalam menyemarakkan semangat Ramadan di samping mengeratkan hubungan bersama masyarakat setempat.

 

Bubur lambuk yang telah dimasak kemudiannya diagihkan kepada orang ramai pada jam 4.30 petang di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya.

 

Program agihan bubur lambuk tersebut turut dihadiri oleh YS PKPjB Dato’ Sayani binti Hj Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak serta YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak (EXCO Kerajaan Negeri Perak).

 

Selain agihan bubur lambuk kepada orang ramai, turut diadakan demonstrasi memadam kebakaran dapur serta kebakaran melibatkan gas LPG sebagai usaha memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai langkah keselamatan kebakaran di rumah.

 

Program ini turut dibantu oleh pegawai, anggota bomba serta Pasukan Bomba Sukarela dalam memastikan kelancaran program, sekali gus mengeratkan hubungan antara jabatan dan masyarakat setempat sempena bulan Ramadan.