

IPOH, 12 Mac 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Iftar yang menghimpunkan warga jabatan dalam suasana penuh ukhuwah sempena bulan Ramadan.
Majlis ini telah dihadiri oleh YS PKPjB Dato’ Sayani binti Hj Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak serta YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak (EXCO Kerajaan Negeri Perak).
Turut hadir ialah Pegawai Kanan Jabatan, Ketua-Ketua Balai serta anggota JBPM Negeri Perak bagi memeriahkan majlis berbuka puasa ini yang turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.
Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadan, diikuti dengan solat Isyak dan solat sunat Terawih secara berjemaah, sekali gus menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga JBPM Negeri Perak.
Majlis seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh hubungan kekeluargaan serta semangat perpaduan dalam kalangan warga JBPM Negeri Perak.