

PORT DICKSON, 4 Mei 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan pesara menerusi program Lawatan Prihatin yang diadakan di Taman Lukut Makmur, Port Dickson, semalam.
Lawatan ini bertujuan menyantuni Encik Yahya bin Mohd Sham, pesara yang juga merupakan mantan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA. Program ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia bagi menghargai jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang perkhidmatan.
Hadir mengetuai rombongan lawatan:
• YS TPjB Dato’ Hj. Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM
• PKPjB Abdul Khair bin Osman, Ketua Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran JBPM
• YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan
• PgB Mohd Hafiz bin Mohd Shariff, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Sembilan
• PKPgB Mohd Kamal bin Mohd Timar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara warga jabatan yang masih berkhidmat dengan para veteran yang telah banyak menabur bakti dan berjasa kepada jabatan.