LOGO BOMBA

logo right

TINJAUAN KEROSAKAN RIBUT BBP NILAI

NILAI, 2 Mei 2026 – Susulan kejadian ribut yang melanda Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai serta kuarters kediaman pada 1 Mei semalam, satu lawatan kerja bagi meninjau tahap kerosakan infrastruktur telah dilaksanakan pagi tadi.

Lawatan ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi ini bertujuan untuk menilai kerosakan bumbung balai dan kediaman anggota secara terperinci bagi memastikan tindakan baik pulih dapat dijalankan dengan segera demi kebajikan warga bomba.

Turut hadir dalam tinjauan tersebut:
YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan
PgKB I Mohd Hafiz Hafizal bin Timaradin, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan
PKPgB Bakarya bin Mohd Salleh, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai
PgKB I Mahadir bin Mohd Noh & PgKB II Sr Muhammad Arif bin Abu Hassan, Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan dan Logistik
PKPgB Mohd Zayyid bin Zakaria, Pegawai Bahagian Latihan JBPM Negeri Sembilan

Pihak KPKT dan jabatan komited dalam memastikan fasiliti keselamatan negara ini kembali pulih ke tahap optimum bagi menjamin kesiapsiagaan operasi dan keselesaan anggota serta keluarga.