

25 April 2026 (Sabtu) – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, YS PPjB Nor Arifin bin Kamari bersama Penolong Pengarah Bahagian Latihan, PgB Mohd Hafiz bin Mohd Shariff telah menghadiri Majlis Pelepasan Peserta Program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 3.0: Road to Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 yang berlangsung di PD Forest, Port Dickson.
Program anjuran Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat EXCO Pembangunan Belia dan Sukan ini merupakan satu inisiatif berbentuk karnival sukan yang akan dilaksanakan selama tujuh (7) bulan di seluruh daerah di Negeri Sembilan.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh semangat kesukanan serta mempromosikan lokasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
Penglibatan JBPM Negeri Sembilan dalam program ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menyokong inisiatif kerajaan negeri serta memperkukuh hubungan strategik antara agensi.