

YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan hari ini turun padang meninjau sendiri sesi latihan dan persediaan anggota yang bakal beraksi dalam Pertandingan Kawad Kecekapan. Walaupun cuaca panas, kehadiran YS Pengarah untuk memberi suntikan motivasi dan kata-kata semangat buat semua peserta agar terus fokus, berkeyakinan dan memberikan komitmen yang terbaik nanti. Teruskan berjuang dan buat yang terbaik demi nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. BIAR HONGEH ASAL PUEH!!!