

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Pesara Bomba Negeri Sembilan (PESABOM) atas penganjuran Mesyuarat Agung Kali Ke-4 yang telah dirasmikan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan bertempat di Bilik Ungu, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan hari ini.
Dalam ucapan perasmian, YS Pengarah menekankan kepentingan ukhuwah yang berterusan antara pesara dan warga jabatan yang masih berkhidmat. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan legasi yang ditinggalkan oleh para pesara dalam memperkukuhkan imej jabatan.
Semoga pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2026/2027 berjalan lancar dan barisan kepimpinan yang baharu terus komited dalam menjaga kebajikan ahli.