LOGO BOMBA

logo right

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN PENJARA SEREMBAN KE IBU PEJABAT JBPM NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berbesar hati menerima kunjungan hormat dan salam takzim daripada delegasi Pengurusan Penjara Seremban. Kunjungan delegasi ini telah diketuai oleh Pengarah Penjara Seremban, PKP Zulfakri bin Ahmad dan disambut mesra oleh Pengarah JBPM Negeri Sembilan, YS PPjB Nor Arifin bin Kamari bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Penjara Seremban atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini. Semoga keakraban ini terus utuh dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan aspirasi "Malaysia MADANI" dan prinsip "Berkhidmat Untuk Negara".