LOGO BOMBA

logo right

KUNJUNGAN HORMAT JBPM NEGERI SEMBILAN KE PENGARAH MAHKAMAH NEGERI SEMBILAN

10 Jun 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan, YBrs. Puan Kanageswari Nalliah.

Delegasi JBPM Negeri Sembilan telah diketuai oleh PgKB I Mohd Hafiz Hafizal bin Timaradin bersama penolong-penolong pengarah bahagian, ketua cawangan penguatkuasaan keselamatan bangunan, ketua cawangan pendakwaan kebombaan serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Sembilan.

Kunjungan hormat ini bertujuan mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan perundangan berkaitan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341], di samping memperkukuh kerjasama strategik serta mengeratkan hubungan profesional antara JBPM Negeri Sembilan dan Mahkamah Negeri Sembilan.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkasakan demi memastikan pelaksanaan undang-undang serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan cemerlang.