

Syukur Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya hari pertama Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor pada 9 Mei 2026.
Turut hadir memeriahkan sambutan rasmi jabatan ini ialah YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan bersama isteri. Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan termasuklah majlis penyampaian pingat Larian Bersama Bomba serta sesi ramah mesra bersama orang awam dan pegawai-pegawai bomba di lokasi.