LOGO BOMBA

logo right

7 WONDERS 3.0 NEGERI SEMBILAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan melalui Jawatankuasa Teknikal Pendakian dan Keselamatan telah melaksanakan tugasan pemantauan keselamatan serta bantuan teknikal sempena program 7 Wonders 3.0 Negeri Sembilan yang berlangsung di Gunung Datuk, Rembau.

Seramai 23 orang pegawai dan anggota telah terlibat bagi memastikan aspek keselamatan pendaki, pengurusan laluan serta kesiapsiagaan kecemasan berada pada tahap terbaik sepanjang program berlangsung.

Turut hadir semasa majlis perasmian oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon ialah YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan; PgB Mohd Hafiz bin Shariff, Penolong Pengarah Bahagian Latihan; dan PKPgB Muhamad Khairul bin Yahya, Ketua Balai BBP Rembau.

Komitmen dan kesiapsiagaan pasukan ini mencerminkan kecekapan serta profesionalisme warga JBPM Negeri Sembilan dalam memastikan setiap aktiviti rekreasi dan pendakian dapat dilaksanakan dengan selamat, teratur dan lancar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh anggota yang bertugas atas dedikasi serta semangat kerjasama yang dipamerkan.

Balai Bomba dan Penyelamat Rembau

Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Negeri Sembilan

Balai Bomba dan Penyelamat Tampin