LOGO BOMBA

logo right

TARIK TALI SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan tarik tali JBPM Melaka atas kejayaan meraih gelaran Johan dalam Kejohanan Tarik Tali Terbuka sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2026 yang berlangsung pada 25 April 2026, jam 10.00 pagi di Pantai Tanjung Bidara, Melaka.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi seperti ATM, PDRM serta Pejabat Daerah dan Tanah Melaka. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.