

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Program Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 (SHAB 2026) Peringkat Negeri Melaka akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 4 Mei 2026 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Negeri Melaka
Pakaian: Uniform No. 2/3 & Celoreng
Pengisian Program:
Amanat Khas Ketua Pengarah JBPM sempena SHAB 2026 yang akan disampaikan oleh YS Pengarah
Perutusan Khas Ketua Pengarah JBPM yang akan dibacakan oleh Ketua Balai
Upacara menaikkan bendera dan nyanyian lagu rasmi
Solat hajat, bacaan Yasin, tahlil & doa
Program penanaman pokok (BBP Jasin & BBP Merlimau)
Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan semangat kebersamaan serta menghargai jasa dan pengorbanan seluruh warga bomba dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.
“Bomba Sentiasa di Hati Rakyat” ![]()
![]()