

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bank Kerjasama Rakyat Wakaf Che Yeh, Kuala Krai dan Bank Simpanan Nasional Cawangan Kota Bharu atas sumbangan kek dan kuih sempena Sambutan Hari Bomba 2026.
Sumbangan ini amat bermakna sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada warga bomba yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat. Semoga jalinan kerjasama dan hubungan baik ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan.
Thank you.