

KOTA BHARU, 8 Januari – Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Biro Kebajikan PERISMA telah mengadakan Program Sumbangan Kebajikan 2026 di Ruang Lobi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.
Majlis telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM dan YS PPjB Ts. Farhan Sufyan bin Borhan, Pengarah JBPM Negeri Kelantan.
Turut hadir bersama ialah Datin Batiyah binti Bakar, Timbalan Yang Dipertua I PERISMA dan Puan Sharidah binti Maajin, Pengerusi PERISMA JBPM Kelantan.
Dalam program yang sama, turut dilaksanakan penyampaian bantuan banjir kepada pegawai-pegawai bomba yang terkesan dengan bencana banjir pada tahun 2025 serta penyerahan satu unit kenderaan jenazah sumbangan daripada Affin Bank Malaysia.
Program ini jelas menzahirkan keprihatinan jabatan terhadap kebajikan anggota dan keluarga, serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga bomba.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Speedmart Sdn. Bhd., Pusat Pakaian Hari Hari dan semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis pada hari ini.