LOGO BOMBA

logo right

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN JUN 2026

Tarikh : 24 Jun 2026 ( Rabu )

 

Masa : 0900 – 1200

 

Tempat : Dewan Wira Merah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan

 

Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan perhimpunan tersebut yang telah dimulakan seawal jam 0830 dengan pengisian pelbagai program.

 

YS PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan Pengarah JBPM Negeri Kelantan kemudian dalam ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada Kontinjen Pertandingan Kawad Kecekapan yang telah memperolehi tempat ke3 dalam pertandingan PKK tahun 2026. Beliau juga memberi peringatam kepada semua anggota agar kekal fokus dengan tugas dan tidak terjebak dengan masaalah keterhutangan serius.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian Penyampaian replika cek Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan, Penyampaian hadiah kepada PBS Pertandingan SHAB di Johor, Penyampaian Hadiah PKK Peringkat Kebangsaan, Pemakaian lencana Fit Fire Fighter, Penyampaian Sijil Perkhidmatan Terpuji PSM dan PBB dan Ceramah Integriti dari Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kelantan.

 

Selain itu majlis juga telah memperuntukkan slot khas untuk dua ceramah, masing maaing dari Jabatan Insolvensi Malaysia dan Ceramah Pengurusan & Perancangan Harta dari syarikat Wasiyyah Shoppee Berhad.