LOGO BOMBA

logo right

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BAGI LATIHAN PEMANTAPAN PASUKAN BOMBA SUKARELA (PBS) NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup bagi Latihan Pemantapan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Negeri Kelantan Tahun 2026.

Latihan tersebut diadakan pada 6 Jun 2026 bertempat di Perkarangan Masjid Brunei, Rong Chenok, Pasir Mas. Latihan ini melibatkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Negeri Kelantan melibatkan 13 Pasukan yang hadir dengan 60 keahlian peserta terlibat.

Antara latihan dan pendedahan yang diberikan ialah Cara Pengendalian Haiwan Berbisa Ular, Lebah dan Asas Pertolongan Cemas.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua PBS yang terlibat menjayakan latihan ini. Semoga dengan panduan, tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan dapat digunakan untuk membantu masyarakat.

Penglibatan:

1) PBS Rong Chenok
2) PBS Kota Jembal
3) PBS Pasir Tumboh
4) PBS Pengkalan Chepa
5) PBS Kg Kual Besar
6) PBS Cabang 4
7) PBS Pasir Puteh
8) PBS Marin Tok Bali
9) PBS Temangan
10) PBS Kuala Nal
11) PBS Guchil
12) PBS Manik Urai
13) PBS Jajahan Jeli