

Tarikh : 05 Julai 2026
Masa : 1600
Tempat : Balai Bomba Dan Penyelamat Machang
PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan menerima kunjungan dari
Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara Putrajaya yang diketuai oleh Tn. Haji Mohammad Al-Saifi bin Haji Hashim, Timbalan Ketua Bahagian Guaman I bersama pegawai pegawai dari AGC untuk mengadakan sesi taklimat pelaksanaan Program Santuni MADANI AGC 2026 yang akan dilaksanakan di SK Pulai Chondong pada September 2026.
Diharapkan agar lawatan kerja dan kunjungan rasmi ini dapat menjadi pemangkin kepada kelancaran perancangan dan pelaksanaan Program Santuni MADANI AGC 2026 serta mengukuhkan jalinan kerjasama antara pihak-pihak lain yang terlibat sama.
Sekian, Harap Maklum.
Unit Perhubungan Awam Negeri JBPM Kelantan