

Kota Bharu, 9 Jun 2026 – YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, telah hadir ke lokasi kebakaran bagi meninjau keadaan semasa serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.
Turut hadir, Dato’ Dr Izani Hussin, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, infrastuktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan merangkap ADUN Kijang, Ketua Polis Kelantan, YDH CP Dato’ Haji Mohd Yusoff bin Mamat dan PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.
Sesi taklimat mengenai keseluruhan insiden telah dikendalikan oleh PgKB II Khairul Ariffin Bin Che Ramli, Ketua Zon Kota Bharu bersama Bahagian Operasi Negeri dan Bahagian Forensik Kebakaran.
Semoga segala bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban mangsa serta memberi kekuatan dan semangat untuk mereka bangkit meneruskan kehidupan. Diharapkan mangsa dan keluarga terus tabah menghadapi dugaan ini serta sentiasa mendapat sokongan daripada masyarakat sekeliling. Pada masa yang sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyeru agar seluruh masyarakat bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan kebakaran serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya. Keselamatan kebakaran merupakan tanggungjawab bersama dan usaha pencegahan yang berterusan mampu mengurangkan risiko serta mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.