

YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan pada 5 Januari 2026 bertempat di Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, JBPM Negeri Kelantan.
Antara program yang telah dijalankan sepanjang jadual lawatan kerja rasmi yang amat padat tersebut termasuklah lawatan ke BBP Dabong, BBP Jeli, BBP Tunjong dan BBP Tumpat.
Lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah disambut oleh YS PPjB Ts. Farhan Sufyan bin Borhan, Pengarah JBPM Negeri Kelantan serta warga bomba negeri. Sesi dialog turut diadakan bersama pegawai-pegawai sebagai platform komunikasi bagi mewujudkan ruang perbincangan dua hala antara pengurusan atasan JBPM dengan kakitangan untuk menyuarakan isu-isu berkaitan latihan, penugasan dan kebajikan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia secara keseluruhannya.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar serta jamuan, dan telah berakhir pada jam 1200.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih serta amat berbesar hati dengan kehadiran YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM yang telah memilih Negeri Cik Siti Wan Kembang sebagai destinasi pertama lawatan rasmi beliau untuk tahun ini.