LOGO BOMBA

logo right

KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH JBPM KELANTAN KE PENJARA NEGERI KELANTAN

Tarikh: 27 April 2026 (Isnin)

Masa: 1000 – 1130

Tempat: Jalan Maktab, 16109, Kota Bharu, Kelantan

PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Penjara Negeri Kelantan bertempat di Jalan Maktab, 16109, Kota Bharu, Kelantan.

Kunjungan hormat beliau telah disambut oleh PKK Zan Azim bin Aziz, Pengarah Penjara Negeri Kelantan. Matlamat kunjungan hormat pada hari ini bertujuan sebagai langkah memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi disamping membincangkan aspek keselamatan kebakaran serta tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan di fasiliti penjara. Selain itu, sesi perkongsian kepakaran turut menjadi fokus melibatkan prosedur operasi standard (SOP), pengurusan risiko serta amalan terbaik dalam keselamatan kebakaran.

Di samping itu, kedua-dua pihak turut meneliti keperluan pelaksanaan latihan bersama, audit keselamatan kebakaran serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan keselamatan penghuni dan pegawai sentiasa berada pada tahap optimum.

Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama yang berterusan antara kedua-dua agensi dalam memastikan aspek keselamatan awam sentiasa terpelihara.

Turut sama hadir ialah Timbalan Pengarah JBPM Kelantan, PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan – PgKB II Fadhlizil Ikram Bin Ahmad Pauzi, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran dan Kesedaran Awam – PgKB II Wildan bin Azahari, dan Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan Jentera – Tc. Mohd Norudin Bin Abdul Rahman.