LOGO BOMBA

logo right

KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH JBPM KELANTAN KE JABATAN PEGUAM NEGARA – CAWANGAN PENDAKWAAN KELANTAN

Tarikh: 14 April 2026 (Selasa)

Masa: 1530 – 1630

Tempat: Jabatan Peguam Negara Negeri Kelantan

PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Peguam Negara Negeri Kelantan bertempat di H Elite Hotel, Kota Bharu.

Kunjungan hormat beliau telah disambut oleh Puan Wan Azimah Binti Yaacob, Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan. Objektif kunjungan hormat pada hari ini memfokuskan kepada mengeratkan hubungan sesama jabatan serta memperkasakan aspek penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba 341 dan antara perbincangan lain adalah seperti berikut:

✅ Pengukuhan kerjasama strategik antara jabatan

✅ Perbincangan isu berkaitan aktiviti kompaun

✅ Perbincangan isu berkaitan kes-kes perbicaraan

✅ Cadangan kolaborasi kursus berkaitan pendakwaan

✅ Perkongsian aktiviti jabatan/pendakwaan yang melibatkan JBPM bagi tahun 2025/2026

Kunjungan hormat telah berjalan lancar dengan perbincangan turut dihadiri bersama oleh dua orang Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara Cawangan Pendakwaan Kelantan.

Turut sama hadir ialah Timbalan Pengarah JBPM Kelantan, PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, dan PgKB II Nurul Alfisyahrin Bin Mhd Zaki, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Kebakaran bersama pegawai-pegawai dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran.