LOGO BOMBA

logo right

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ADTEC JTM KAMPUS KOTA BHARU KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Tarikh: 3 Februari 2026 (Selasa)

Masa: 09:30 – 11:30 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan

PPjB Ts. Farhan Sufyan bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Ts. Ahmad Iskandar bin Sulaiman, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kota Bharu.

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk membincangkan dan mengeratkan hubungan bersama JBPM Negeri Kelantan di samping merancang potensi kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Turut hadir bersama ialah 9 orang pegawai daripada pihak ADTEC JTM, manakala dari pihak JBPM Negeri Kelantan pula disertai oleh PgKB I Aswafaizole bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah serta Penolong-Penolong Pengarah Negeri.