

Tarikh : 11 Mei 2026 (Isnin)
Masa : 1000 – 1100
Tempat : Pejabat Pengarah, Ibupejabat JBPM Negeri Kelantan
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Mohd Nazri Aziz, Ketua Pengurusan Perniagaan, Bank Simpanan Nasional Negeri Kelantan.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk membincang dan mengeratkan hubungan antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan selain merancang bentuk program atau kerjasama yang boleh dijalankan bersama kelak.
Turut sama hadir ialah PgKB II Fadhlizil Ikram Bin Ahmad Pauzi, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri dan Haji Zaidi Bin Mohamed, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan.
video seperti link di bawah:
Kunjungan Hormat Bank Simpanan Nasional ke JBPM Negeri Kelantan