LOGO BOMBA

logo right

PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH TECH FOOD INGREDIENT SDN BHD

PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH TECH FOOD INGREDIENT SDN BHD

 

20 Disember 2024, Pulau Indah Klang – YS PKPjB Wan Md Razali Bin Wan Ismail, Pengarah bersama PgKB I Farid Asyhadi bin Assa’ad, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran dan PgKB II Mohd Yunus bin Ibrahim Ketua Zon Klang serta pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir ke Tech Food Ingredients Sdn. Bhd bagi sesi kunjung hormat sebagai tanda perhubungan dua hala bersama agensi tentang kepentingan dan keperluan keselamatan kebakaran di tempat kerja secara komprehensif.

 

Kunjungan ini juga telah memberi ruang perbincangan dan kesediaan kerjasama pihak Tech Food Ingredients Sdn Bhd dalam menjalankan inisiatif kolaborasi korporat dalam pelbagai program pada masa akan datang khususnya aspek keselamatan kebakaran.

 

Pengarah bersama pegawai Yang hadir juga dibawa oleh Tuan R. Narendranath, CEO Tech Food Ingredients Sdn. Bhd melawat kawasan dan ruang kerja dan anugrah serta pencapaian kejayaan yang diperolehi oleh pihak syarikat dan bergambar kenangan bersama-sama.