LOGO BOMBA

logo right

COMMUNITY FIRE PROGRAM, BORNEO ETHNIC HERITAGE FESTIVAL AND COMMUNITY FIRE LAUNCH AND KLANG PARLIAMENT MINI FIRE CLUB

COMMUNITY FIRE PROGRAM BORNEO ETHNIC HERITAGE FESTIVAL AND COMMUNITY FIRE LAUNCH AND KLANG PARLIAMENT MINI FIRE CLUB

 

22 Disember 2024, Gravit8 Kota Bayuemas,Pendamar Klang – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah bersama PgKB II Mohd Yunus bin Ibrahim, Ketua Zon Klang hadir ke Gravit8 Kota Bayuemas untuk memeriahkan lagi program pelancaran yang telah disempurnakan oleh Datuk Zainuri bin Dato’ Haji Zainal, Setiausaha Politik Menteri, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia.

 

Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid bin Hussain, Datuk Bandaraya Diraja Klang, YBhg. Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn, Pengerusi Kumpulan Fokus Hawa Malaysia Care dan Encik Tan Chee Hoew, Ketua Pengarah Operasi Mitraland Group, serta Ir. Teo Ching Wee, Pengarah Eksekutif Mitraland Group,Encik Helmi bin mohd Khasbi Pengarah Urusan GH Services Global.

 

Pelbagai aktiviti yang telah di adakan sepanjang program ini berlangsung antaranya adalah Pertandingan Pakaian Tradisional Borneo, Zumba, Ceramah Keselamatan Kebakaran mengenai langkah keselamatan untuk mencegah kebakaran diperingkat awal, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Sukan Rakyat dan Pameran Bahagian Keselamatan Kebakaran dan juga Pameran dari pelbagai agensi.

 

Program yang bertujuan untuk mendekatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dengan masyarakat melalui Pelancaran Bomba Komuniti serta Penubuhan Bomba Cilik kanak-kanak bagi Parlimen Klang.