

Pagoh, 23 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh hari ini menerima kunjungan penuh bermakna sempena Program Munjung Aidilfitri Pengurusan Tertinggi JBPM Johor 2026 yang berlangsung pada jam 11.00 pagi dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan.
Kunjungan tersebut disempurnakan oleh Tn. Azmi bin Ab Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bersama isteri dan anak-anak. Ketibaan beliau sekeluarga disambut mesra oleh Ketua Balai serta anggota BBP Pagoh yang sedang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.
Program dimulakan dengan sesi sambutan ketibaan diikuti dengan menandatangani buku lawatan sebagai tanda penghargaan dan kenangan. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar, penyampaian cenderahati kepada setiap pasukan, serta jamuan ringan yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pengurusan tertinggi dan warga balai.
Kehadiran beliau bersama keluarga nyata memberikan suntikan semangat kepada anggota yang tetap komited menjalankan tugas walaupun dalam suasana perayaan. Kunjungan ini juga mencerminkan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan dan moral anggota di lapangan.
Seluruh warga kerja BBP Pagoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Tn. Azmi bin Ab Rahim meluangkan masa menyantuni anggota yang bertugas pada hari raya.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuh dan seluruh warga JBPM sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |