

Bukit Gambir, 23 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir menerima kunjungan istimewa sempena Program Munjung Aidilfitri Pengurusan Tertinggi JBPM Johor 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan.
Kunjungan tersebut disempurnakan oleh PgKB I Muhammad Tarmizi bin Md Jaafar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (PPON), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, bersama isteri. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Ketua Balai serta anggota BBP Bukit Gambir yang sedang bertugas pada hari raya.
Program dimulakan dengan panggilan baris sebagai tanda disiplin dan kesiapsiagaan anggota, diikuti dengan penyampaian amanat serta ucapan Salam Aidilfitri oleh tetamu kehormat. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan terhadap komitmen tinggi anggota yang tetap menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat walaupun dalam suasana perayaan.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani buku lawatan, diikuti sesi ramah mesra bersama anggota bertugas yang mengeratkan hubungan antara pengurusan tertinggi dan warga balai. Suasana kemudiannya diserikan dengan jamuan ringan, sesi bergambar serta penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan.
Seluruh warga kerja BBP Bukit Gambir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian PgKB I Muhammad Tarmizi bin Md Jaafar bersama isteri meluangkan masa menyantuni anggota yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri. Kunjungan ini bukan sahaja menyuntik semangat, malah memperkukuh ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga JBPM.
Semoga segala usaha dan pengorbanan ini diberkati serta seluruh warga JBPM sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah dalam menjalankan amanah kepada masyarakat.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |