LOGO BOMBA

logo right

PROGRAM MUNJUNG AIDILFITRI JBPM JOHOR 2026 SANTUNI WARGA BBP TANGKAK

Tangkak, 29 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak menerima kunjungan sempena Program Munjung Aidilfitri Pengurusan Tertinggi JBPM Johor 2026 yang berlangsung pada jam 11.00 pagi dalam suasana penuh kemesraan dan semangat Aidilfitri.

Kunjungan tersebut disempurnakan oleh PgKB II Norshuhada binti Amsari, Ketua Zon 4 Johor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor. Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Operasi serta anggota BBP Tangkak yang sedang bertugas.

Program dimulakan dengan sambutan ketibaan diikuti penyampaian amanat serta ucapan Salam Aidilfitri. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan terhadap komitmen anggota yang terus menjalankan tugas walaupun dalam suasana perayaan.

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani buku lawatan serta sesi ramah mesra bersama anggota bertugas. Dalam masa yang sama, komitmen anggota jelas terserlah apabila satu keluaran jentera terpaksa digerakkan bagi operasi kebakaran terbuka, mencerminkan kesiapsiagaan berterusan walaupun program berlangsung.

Program kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati, sesi bergambar serta jamuan ringan yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan warga balai.

Kunjungan ini bukan sahaja menceriakan suasana Aidilfitri, malah memberi suntikan semangat kepada anggota dalam melaksanakan tugas demi keselamatan masyarakat.

Seluruh warga kerja BBP Tangkak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian PgKB II Norshuhada binti Amsari meluangkan masa menyantuni anggota yang bertugas pada hari raya.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuh dan seluruh warga JBPM sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah dalam menjalankan amanah kepada masyarakat.

PROGRAM MUNJUNG AIDILFITRI JBPM JOHOR 2026 SANTUNI WARGA BBP TANGKAK 1 PROGRAM MUNJUNG AIDILFITRI JBPM JOHOR 2026 SANTUNI WARGA BBP TANGKAK 2 PROGRAM MUNJUNG AIDILFITRI JBPM JOHOR 2026 SANTUNI WARGA BBP TANGKAK 3