

Penggaram, 26 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram menerima satu lagi kunjungan istimewa sempena Program Munjung Aidilfitri Pengurusan Tertinggi JBPM Johor 2026 yang berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang dalam suasana penuh kemesraan dan semangat Aidilfitri.
Kunjungan tersebut disempurnakan oleh Tn. Hj. Ir. Mohd Nor Hakim bin Mohd Taib, Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bersama isteri. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Ketua Balai serta anggota BBP Penggaram yang sedang bertugas.
Program dimulakan dengan panggilan baris sebagai tanda kesiapsiagaan anggota, diikuti dengan penyampaian amanat serta ucapan Salam Aidilfitri. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan terhadap komitmen anggota yang terus menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat walaupun dalam suasana perayaan.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani buku lawatan, diikuti sesi ramah mesra bersama anggota bertugas yang mengeratkan hubungan antara pengurusan dan warga balai. Program kemudian diserikan dengan jamuan ringan, sesi bergambar serta penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan.
Kunjungan ini bukan sahaja menceriakan suasana Hari Raya, malah memberikan suntikan semangat kepada anggota yang bertugas serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga JBPM.
Seluruh warga kerja BBP Penggaram merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Tn. Hj. Ir. Mohd Nor Hakim bin Mohd Taib bersama isteri meluangkan masa menyantuni anggota yang bertugas pada hari raya.
Semoga segala usaha ini diberkati dan seluruh warga JBPM sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |