

Ayer Hitam, 25 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam menerima kunjungan sempena Program Munjung Aidilfitri Pengurusan Tertinggi JBPM Johor 2026 yang berlangsung pada jam 3.00 petang dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan.
Kunjungan tersebut disempurnakan oleh PgKB II Siti Hajar binti Sanusi, Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bersama keluarga serta pegawai zon. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Ketua Balai dan anggota BBP Ayer Hitam yang sedang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.
Program dimulakan dengan panggilan baris sebagai simbol disiplin dan kesiapsiagaan anggota, diikuti dengan penyampaian amanat serta ucapan Salam Aidilfitri. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan terhadap komitmen anggota yang tetap menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat walaupun dalam suasana perayaan.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani buku lawatan, diikuti sesi ramah mesra bersama anggota bertugas yang mengeratkan hubungan antara pengurusan dan warga balai. Program kemudian diserikan dengan jamuan ringan, sesi bergambar serta penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan.
Kunjungan ini jelas memberi suntikan semangat kepada anggota yang bertugas, di samping memperkukuh hubungan silaturahim antara pengurusan tertinggi dan warga kerja di lapangan.
Seluruh warga kerja BBP Ayer Hitam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian PgKB II Siti Hajar binti Sanusi bersama keluarga serta pegawai zon meluangkan masa menyantuni anggota yang bertugas pada hari raya.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus mekar dan seluruh warga JBPM sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah dalam menjalankan amanah kepada masyarakat.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |