

Johor Bahru, 6 Mac 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Program Ceramah Kembara Tazkirah Ramadan bersempena bulan Ramadan 1447 Hijrah di peringkat Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor.
Ceramah yang bertemakan “Pertengahan Ramadan, Masa Untuk Muhasabah Diri” telah disampaikan oleh Ustaz Wan Abdul Rahman bin Wan Ibrisam Fikry, yang menekankan kepentingan umat Islam untuk mengambil peluang pada pertengahan Ramadan bagi melakukan muhasabah diri, memperbaiki amalan serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Program ini bertujuan memberi pengisian kerohanian kepada warga JBPM khususnya dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan, di samping memperkukuhkan nilai-nilai murni serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.
Selain itu, Kaunter Tabung Haji turut dibuka sempena program ini bagi memberi ruang kepada warga JBPM mendapatkan maklumat, membuat pertanyaan serta menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan Tabung Haji.
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua warga JBPM Negeri Johor dalam meningkatkan kefahaman serta penghayatan terhadap tuntutan agama khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |