LOGO BOMBA

logo right

PENGARAH JBPM JOHOR SANTUNI ANGGOTA BBP BATU PAHAT SEMPENA AIDILFITRI

Batu Pahat, 25 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat menerima kunjungan istimewa daripada kepimpinan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor sempena Program Munjung Aidilfitri Pengurusan Tertinggi JBPM Johor 2026 yang berlangsung pada jam 11.00 pagi tadi.

Kunjungan tersebut disempurnakan oleh YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor bersama keluarga. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Ketua Balai serta anggota BBP Batu Pahat yang sedang bertugas dalam suasana penuh kemeriahan Aidilfitri.

Turut hadir memeriahkan program ialah PgKB II Siti Hajar binti Sanusi, Ketua Zon 3 Johor, serta Puan Nurul Alia binti Bustamam, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM Negeri Johor bersama kakitangan Bahagian Pengurusan JBPM Negeri Johor dan Pejabat Zon 3 Johor.

Program dimulakan dengan sesi sambutan ketibaan diikuti dengan menandatangani buku lawatan sebagai simbol kenangan dan penghargaan. Majlis kemudian diteruskan dengan sesi bergambar, penyampaian cenderahati kepada setiap pasukan, serta jamuan ringan yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pengurusan tertinggi dan warga balai.

Kehadiran Pengarah bersama delegasi bukan sahaja menceriakan suasana Hari Raya, malah menjadi suntikan semangat kepada anggota yang terus komited menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat walaupun dalam musim perayaan.

Seluruh warga kerja BBP Batu Pahat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir meluangkan masa menyantuni anggota yang bertugas.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuh dan seluruh warga JBPM sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.

Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

PENGARAH JBPM JOHOR SANTUNI ANGGOTA BBP BATU PAHAT SEMPENA AIDILFITRI 1 PENGARAH JBPM JOHOR SANTUNI ANGGOTA BBP BATU PAHAT SEMPENA AIDILFITRI 2 PENGARAH JBPM JOHOR SANTUNI ANGGOTA BBP BATU PAHAT SEMPENA AIDILFITRI 3