

Johor Bahru, 16 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus memperkukuhkan aspek keselamatan komuniti menerusi pelancaran Fire Point di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara sempena Majlis Sinergi Kasih Madani: Komuniti Lestari dan Selamat yang berlangsung hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu yang menzahirkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan budaya keselamatan kebakaran dalam kalangan komuniti setempat, khususnya di kawasan perumahan berpenduduk padat.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah PPjB Muhammad AliMustakin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor, PgKB I Azmi AB Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Johor, PgKB I Azhar Dris, Ketua Zon 1 serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Johor.
Pelaksanaan Fire Point di PPR Desa Mutiara merupakan salah satu inisiatif strategik bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan penduduk dalam menghadapi sebarang insiden kebakaran atau kecemasan. Kemudahan tersebut dilengkapi dengan peralatan asas pemadaman kebakaran dan maklumat tindakan kecemasan bagi membantu penduduk bertindak pantas sebelum ketibaan pasukan bomba.
Dalam majlis tersebut, para penduduk turut diberikan pendedahan berkaitan aspek keselamatan kebakaran, penggunaan alat pemadam api serta langkah-langkah awal menyelamatkan diri ketika berlaku kecemasan. Program Sinergi Kasih Madani: Komuniti Lestari dan Selamat dilihat sebagai platform terbaik dalam memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat demi mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selamat, lestari dan berdaya tahan.
JBPM Negeri Johor turut berharap agar pelaksanaan Fire Point ini dapat dijadikan contoh kepada komuniti lain dalam memperkasa budaya pencegahan kebakaran dan keselamatan awam di kawasan kediaman masing-masing.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |