LOGO BOMBA

logo right

MESYUARAT KETUA-KETUA BALAI JBPM JOHOR PERKUKUH PENYELARASAN OPERASI

Johor Bahru, 11 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah mengadakan Mesyuarat Ketua-Ketua Balai Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 10 hingga 11 Mac 2026 di Bilik Mesyuarat Angsana, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor.

Mesyuarat tersebut menghimpunkan semua Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon serta Ketua Balai dari seluruh negeri Johor bagi membincangkan hala tuju strategik jabatan, memperkukuh penyelarasan operasi serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi pelbagai bentuk kecemasan.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pengarah JBPM Negeri Johor, YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, yang menekankan kepentingan kerjasama bersepadu antara semua peringkat kepimpinan balai bagi memastikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan sentiasa berada pada tahap terbaik demi keselamatan masyarakat.

Menurut beliau, platform mesyuarat ini amat penting bagi menyelaras pelaksanaan dasar, berkongsi pengalaman operasi serta membincangkan penambahbaikan berterusan dalam aspek pengurusan, latihan dan kesiapsiagaan anggota di setiap balai bomba.

Selain sesi mesyuarat rasmi, turut diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih yang menghimpunkan barisan pegawai dan ketua balai dalam suasana penuh ukhuwah bersempena bulan Ramadan. Program tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga JBPM Johor, malah memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan rakyat.

Penganjuran mesyuarat ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi kecekapan operasi dan kesiapsiagaan JBPM Negeri Johor dalam memberikan perkhidmatan yang pantas, cekap dan berkesan kepada masyarakat.

Malaysian Fire and Rescue Department
Malaysian Ministry of Health
MEDIA DIGITAL JOHOR
Onn Hafiz Ghazi
Mohd Jafni Md Shukor

MESYUARAT KETUA KETUA BALAI JBPM JOHOR PERKUKUH PENYELARASAN OPERASI 1 MESYUARAT KETUA KETUA BALAI JBPM JOHOR PERKUKUH PENYELARASAN OPERASI 2 MESYUARAT KETUA KETUA BALAI JBPM JOHOR PERKUKUH PENYELARASAN OPERASI 3