

Johor Bahru, 5 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, YS PKPjB Siti Rohani Binti Nadir, hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera kepada kontinjen JBPM Negeri Johor yang akan menyertai Pertandingan Kawad Kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Terengganu bermula 7 hingga 11 Jun 2026.
Majlis yang berlangsung di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor pada jam 10.00 pagi itu diadakan sebagai simbolik pelepasan rasmi kontinjen negeri serta sebagai suntikan semangat kepada anggota dan pegawai yang akan menggalas cabaran mewakili Johor di peringkat kebangsaan. Dalam majlis tersebut, YS PKPjB Siti Rohani Binti Nadir menyerahkan bendera kontinjen kepada PgKB II Zulkifli bin Nordin selaku Ketua Kontinjen sebagai tanda kepercayaan dan harapan jabatan agar kontinjen Johor dapat mempamerkan disiplin, ketangkasan, keseragaman serta semangat berpasukan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua anggota dan pegawai yang terlibat atas komitmen, dedikasi serta usaha gigih dalam menjalani latihan dan persiapan bagi menghadapi pertandingan tersebut. Pertandingan Kawad Kecekapan merupakan platform penting dalam memperkukuhkan profesionalisme, disiplin serta kecemerlangan warga JBPM, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kontinjen dari seluruh negara.
JBPM Negeri Johor berharap kontinjen yang bertanding dapat memberikan persembahan terbaik dan seterusnya mengharumkan nama Negeri Johor di pentas pertandingan tersebut.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
![]() |
![]() |
![]() |