LOGO BOMBA

logo right

LAWATAN PENGARAH JBPM JOHOR KE LEGOLAND MALAYSIA RESORT

Iskandar Puteri, 2 Mac 2026 — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor (JBPM Johor) telah mengadakan lawatan rasmi ke LEGOLAND Malaysia Resort bagi membincangkan perancangan pelaksanaan Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026.

Lawatan tersebut diketuai oleh Siti Rohani binti Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor, dan telah disambut oleh CS Lim, Vice President LEGOLAND Malaysia Resort. Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada cadangan kerjasama strategik, penyelarasan program, serta aspek keselamatan kebakaran sepanjang penganjuran karnival yang dirancang.

Menurut JBPM Johor, penganjuran karnival ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan dan sumbangan anggota bomba, di samping memupuk budaya keselamatan kebakaran melalui aktiviti interaktif dan mesra keluarga. LEGOLAND Malaysia Resort dilihat sebagai lokasi berpotensi untuk menarik penyertaan masyarakat pelbagai peringkat, khususnya keluarga dan kanak-kanak.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Muhammad Al Mustakin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Johor; Azmi Ab Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Johor; serta Abdul Rahman Azezukifle Sahimi, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Johor.

JBPM Johor optimis bahawa kerjasama ini akan memperkukuh impak program sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 dan seterusnya memperluas jangkauan mesej keselamatan kebakaran kepada masyarakat umum.

Malaysian Ministry of Health
Fire Channel
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

LAWATAN PENGARAH JBPM JOHOR KE LEGOLAND MALAYSIA RESORT 1 LAWATAN PENGARAH JBPM JOHOR KE LEGOLAND MALAYSIA RESORT 2
LAWATAN PENGARAH JBPM JOHOR KE LEGOLAND MALAYSIA RESORT 3 LAWATAN PENGARAH JBPM JOHOR KE LEGOLAND MALAYSIA RESORT 4