

Seri Alam, 14 Mac – YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengadakan lawatan kerja ke kilang KV Resources Sdn. Bhd. di Seri Alam, Pasir Gudang bagi meninjau proses pembinaan Fire Rescue Boat yang bakal digunakan bagi memperkukuhkan keupayaan operasi penyelamatan di perairan.
Lawatan tersebut diiringi oleh YS PKPjB Siti Rohani Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor yang turut menyertai sesi tinjauan serta taklimat teknikal berhubung pembangunan dan spesifikasi bot penyelamat berkenaan.
Sepanjang lawatan tersebut, delegasi JBPM telah diberikan taklimat oleh pihak syarikat mengenai proses pembinaan, keupayaan operasi serta teknologi yang digunakan dalam pembinaan Fire Rescue Boat yang direka khusus bagi menyokong operasi menyelamat dan tindak balas kecemasan di kawasan perairan.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah PKPjB Mohd Azmi Ismail dari Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan dan Logistik JBPM, PPjB Muhammad Al Mustakin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor serta beberapa pegawai dari Ibu Pejabat JBPM.
Lawatan ini bertujuan memastikan pembinaan aset baharu JBPM memenuhi spesifikasi dan keperluan operasi sebenar jabatan, khususnya dalam mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan bomba dalam melaksanakan operasi penyelamatan di kawasan perairan dan situasi kecemasan.
Malaysian Fire and Rescue Department
Malaysian Ministry of Health
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |