

Johor Bahru, 12 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor yang diketuai oleh Pengarah Negeri PTPTN Johor, Puan Mazni binti Ruslan bersama delegasi di Pejabat Pengarah JBPM Negeri Johor.
Kunjungan hormat tersebut disambut oleh YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir, Pengarah JBPM Negeri Johor. Turut hadir ialah PPjB Muhammad Al Mustakin bin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor, Puan Nurul Alia binti Bustamam, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM Johor serta PKPgB Abdul Rahman Azezukifle bin Sahimi, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Johor.
Pertemuan berkenaan bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi di samping membuka ruang kerjasama dalam aspek pendidikan, kebajikan dan kesedaran berkaitan kepentingan perancangan kewangan pendidikan kepada warga jabatan.
Dalam sesi tersebut, pihak PTPTN turut berkongsi pelbagai inisiatif dan kemudahan yang ditawarkan kepada masyarakat termasuk skim simpanan pendidikan serta galakan menabung demi masa depan pendidikan anak-anak.
YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan baik yang terjalin dapat diteruskan melalui pelbagai bentuk kerjasama strategik pada masa akan datang.
Kunjungan hormat berakhir dalam suasana mesra dan penuh harmoni serta menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan demi manfaat bersama.
Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
![]() |
![]() |
![]() |