LOGO BOMBA

logo right

18 PEGAWAI BOMBA BANTUAN BAHARU LAPOR DIRI DI JBPM JOHOR

Johor Bahru, 12 Mei – Seramai 18 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) baharu telah melapor diri di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor sebagai persediaan sebelum mengikuti Kursus Pegawai Bomba Bantuan yang akan berlangsung di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu bermula 14 hingga 25 Mei 2026.

 

Sesi lapor diri yang diadakan di Pejabat JBPM Negeri Johor itu melibatkan beberapa urusan penting termasuk sesi taklimat, penyampaian amanat, ujian saringan air kencing (urine test) serta urusan pendaftaran akaun gaji bagi semua peserta. Program tersebut bertujuan memastikan semua Pegawai Bomba Bantuan baharu bersedia dari aspek disiplin, pengurusan dan pematuhan prosedur sebelum menjalani latihan rasmi di ABPM Wilayah Tengah. Dalam sesi amanat yang disampaikan, para peserta turut diingatkan agar sentiasa mengekalkan disiplin tinggi, komited terhadap tugas serta mengutamakan integriti sebagai anggota penyelamat yang bakal berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

 

Pelantikan Pegawai Bomba Bantuan ini dilihat mampu memperkukuhkan kesiapsiagaan JBPM Johor dalam mempertingkatkan kecekapan operasi serta penyampaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan di negeri ini.

 

Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

 

18 PEGAWAI BOMBA BANTUAN BAHARU LAPOR DIRI DI JBPM JOHOR 1 18 PEGAWAI BOMBA BANTUAN BAHARU LAPOR DIRI DI JBPM JOHOR 2 18 PEGAWAI BOMBA BANTUAN BAHARU LAPOR DIRI DI JBPM JOHOR 3