LOGO BOMBA

logo right

PROGRAM BOMBA MESRA KOMUNITI

Program Bomba Mesra Komuniti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh YB Ir. Haji Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YS PPjB Nor Mahathir bin Muhamad, Pengarah JBPM Negeri Terengganu.

Program ini dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara JBPM dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti interaktif, pameran keselamatan kebakaran, demonstrasi kebombaan serta penyampaian ilmu keselamatan kepada orang ramai.

Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran dan memperkukuh kerjasama antara warga bomba dan komuniti.