

Program anjuran JBPM Negeri Sarawak ini telah berlangsung pada 06 Februari 2026 bertempat di eMart Batu Kawa, Kuching dan disempurnakan oleh YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Turut hadir sama memeriah majlis Yang Setia PKPjB Jamri bin Masran Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan jemputan yang lain.
Program bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran kediaman serta memperkukuh kerjasama bersama komuniti. Antara pengisian program ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, penyampaian sijil penghargaan (Hero Bomba, Teman Pili Bomba, Hati Emas, Menghapus Bahaya Kebakaran), penghargaan kepada eMart Batu Kawa serta pameran kebombaan.
Bersama Komuniti, Keselamatan Diutamakan