

3 Februari 2026 - bertempat di Boulevard Shopping Mall Bintulu telah diadakan Program Komuniti Prihatin Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak Tahun 2026 Peringkat Zon Bintulu. program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Prof Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumah dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Turut hadir Yang Setia PKPjB Jamri bin Masran Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, YDH Superintenden Nixon Joshua Ali Ketua Polis Daerah Bintulu dan tetamu jemputan yang lain. Turut diadakan juga pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.