LOGO BOMBA

logo right

PROGRAM DEMONSTRASI DAN PEMBENTANGAN PRODUK

27 Januari 2026

 

🕘 09:45 pagi

 

📍 Bilik Seminar, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak

 

Telah berlangsung Program Demonstrasi dan Pembentangan Produk Sistem Pengesanan dan Pemadaman Kebakaran Berasaskan Aerosol yang disempurnakan oleh Oilrama Asia Sdn. Bhd., diketuai oleh Pn. Jessie Anne Lee, Business Development Manager.

 

Program ini telah disaksikan oleh YS PKPjB Kamarulzaman Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kebombaan JBPM, YS Pengarah PKPjB Jamri bin Masran, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan serta agensi jemputan.

 

Program ini bertujuan memperkenalkan produk terkini pemadaman kebakaran berasaskan aerosol jenama Stat-X, teknologi moden yang lebih efektif, mesra alam serta tidak memerlukan sistem paip atau tangki air seperti sistem konvensional, sekali gus meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran dalam perlindungan bangunan dan aset.