

12 Februari 2026
Mesyuarat Ketua-ketua Zon dan Balai Bil.1/2026 telah diadakan bertempat Bilik Mesyuarat Kenyalang ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Setia PKPjB Jamri bin Masran,
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian dan Seksyen, serta Ketua-Ketua Zon dan Ketua-Ketua Balai JBPM Negeri Sarawak.
Mesyuarat menjadi platform penyelarasan hala tuju, perkongsian maklumat dan pengukuhan kerjasama pengurusan bagi memperkasakan perkhidmatan kebombaan di Negeri Sarawak.