LOGO BOMBA

logo right

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2025 JBPM NEGERI SARAWAK

1 April 2026 (Rabu) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak yang disempurnakan oleh YAS Dato’ Ir. Ts Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM.

 

Majlis yang diadakan di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ini menyaksikan seramai 96 orang penerima terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana menerima anugerah sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang dan komitmen tinggi dalam perkhidmatan.

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima.

 

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga JBPM untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.