

9 Februari 2026, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak berbesar hati menerima Lawatan Kerja Rasmi
Yang Amat Setia Dato’ Othman bin Abdullah,
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ketibaan beliau telah disambut oleh
Yang Setia PKPjB Jamri bin Masran,
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Lawatan ini turut diserikan dengan kehadiran pesara-pesara Bomba yang telah bersara pada tahun 2025, sebagai tanda penghargaan dan ingatan atas jasa bakti yang telah dicurahkan kepada jabatan.
Jasamu dikenang, baktimu dihargai.