

2 April 2026 (Khamis)
Telah berlangsung Majlis Lawatan Kerja Rasmi YAS Dato’ Ir. Ts Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya.
Ketibaan beliau telah disambut oleh TPgB II Tan Min Chai, Ketua Balai BBP Tabuan Jaya bersama pegawai dan anggota.
Antara pengisian majlis:
Simbolik penyerahan jentera CFRT
Deklamasi sajak
Penyempurnaan High Performing Centre JBPM Negeri Sarawak
Turut hadir, PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian dan Seksyen, Ketua Zon serta Ketua-Ketua Balai Zon 1.
Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan JBPM dalam memperkasakan kesiapsiagaan operasi serta meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan kepada masyarakat