LOGO BOMBA

logo right

LAWATAN KERJA PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK KE SHELL MDS, BINTULU


Bintulu, 24 Jun 2026 – Pengarah JBPM Negeri Sarawak Yang Setia PKPjB Jamri bin Masran telah mengadakan lawatan kerja ke Shell MDS Malaysia⁠ di Bintulu. Lawatan ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara JBPM dan pihak industri serta meninjau aspek keselamatan kebakaran dan kesiapsiagaan tindak balas kecemasan di premis berisiko tinggi.

 

Sepanjang lawatan beliau telah diberikan taklimat mengenai operasi loji Gas-to-Liquids (GTL), sistem pengurusan keselamatan, pelan tindakan kecemasan serta langkah-langkah mitigasi risiko yang dilaksanakan oleh pihak Shell MDS. Shell MDS merupakan loji GTL komersial pertama di dunia yang beroperasi di Bintulu sejak tahun 1993.

 

Lawatan ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan berhubung pengukuhan kerjasama dalam aspek keselamatan kebakaran, latihan kecemasan dan penyelarasan tindakan semasa insiden bagi memastikan tahap keselamatan premis serta komuniti setempat sentiasa terpelihara.

 

Turut hadir mengiringi lawatan tersebut ialah Ketua Zon 5 Bintulu PgKB II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad dan Pegawai-pegawai Kanan Zon 5 Bintulu serta wakil pengurusan Shell MDS Malaysia yang di ketuai oleh En. Mathew Rentap selaku Engineering Manager